CompAsia

6 October, 2016

5 Cara Pelik Anda Retakkan Skrin Fon Pintar Anda


Mesti ni pernah berlaku pada anda, kan? Fon anda yang cantik berkilat, tiba-tiba jatuh dan skrinnya retak seribu, berkecai sekali dengan hati anda. Kadang-kadang sebab kenapa fon anda jatuh memang pelik dan kelakar, macam yang kami senaraikan di bawah. Bacalah dan mungkin anda akan faham apa yang kami maksudkan:

 

  1. Anda jatuhkan fon ke dalam mangkuk tandas atau atas lantai tandas

Mengaku je lah. Anda mesti pernah bawa fon anda ke dalam tandas, kan? Walaupun ada “urusan” di tandas, anda tetap nak ber-Facebook. Sebab tu lah anda bawa fon ke dalam tandas. Bila “urusan” anda selesai, fon anda terlepas dari tangan anda, maka jatuhlah ke lantai tandas (atau lebih teruk lagi, ke dalam mangkuk tandas) dan skrin fon anda pun retak. Hati pun remuk, ditambah dengan rasa geli bila tengok fon anda.

  1. Anda terperanjat sangat

Mungkin anda sedang berseorangan di rumah, sambil menonton filem seram Jepun yang terbaru. Ada pula babak yang ngeri. Masa tu lah anda baling fon anda ke TV, sebab anda takut ada hantu akan merangkak keluar dari TV anda. Ini semua untuk pertahankan diri anda!

  1. Anda nak caj fon anda gunakan kuasa solar

Ok, anda tahu fon anda bukannya gunakan kuasa solar. Tapi anda nak cuba juga, manalah tahu kalau-kalau menjadi. Anda pun tinggalkan fon anda atas kereta. Lepas tu, anda terlupa dan anda pandu je kereta tu. Fon jatuh dari bumbung kereta, mencium jalan raya, dan anda terpaksalah ucapkan selamat tinggal kepada skrin fon anda.

  1. Haiwan kesayangan anda rasa cemburu

Memanglah haiwan kesayangan anda tu comel, tapi mereka perlukan banyak perhatian. Kalau anda dah asyik dengan fon anda, tak hairanlah kalau haiwan kesayangan anda naik cemburu. Macam-macam mereka boleh buat bila mereka cemburu. Kucing anda mungkin akan tolak fon anda dari atas meja, atau buang fon ke luar tingkap. Ya lah, binatang pun ada perasaan, tahu?

  1. Anda ingat fon anda PokeBall

Anda pernah tak rasa gembira bila anda sedang main Pokemon Go dan tiba-tiba anda nampak Pokemon yang rare? Sebab terlalu gembira lah, anda terlupa yang fon anda bukannya PokeBall, dan anda baling fon anda ke arah Pokemon tanpa fikir panjang. Apa jadi seterusnya? Bak kata pepatah, Pokemon terlepas, fon terhempas.

 

Tapi tak kiralah macam mana pun skrin fon anda retak, anda mesti gembira bila tahu betapa senangnya (dan tak mahal) untuk mendapatkan mengganti fon kepada yang baru. Di CompAsia, kami menawarkan fon refurbished yang sama macam fon baru, tapi lebih murah. Tambahan lagi, kami menawarkan waranti 1 tahun yang boleh dilanjutkan sehingga 2 tahun beserta “Phone Guard”, program penggantian skrin retak selama 1 tahun, jadi tak perlulah anda menangis tak henti bila skrin anda berkecai.

SHARE THIS