CompAsia

14 August, 2017

Nak Guna Tunai untuk Beli Gajet Secara Online? Senang Je!


Sekarang, memang ramai yang suka beli barangan secara online. Mudah lagi menyenangkan, dan banyak pilihan pula tu. Tapi ada juga yang masih ragu-ragu untuk membeli belah secara online. Selamat ke cara pembayarannya? Apa akan jadi kalau anda dah buat pembayaran, tapi barang yang anda beli tak sampai?

Jangan risau. Pembayaran secara online memang selamat. Tapi, kalau anda nak tengok sendiri barangan yang anda beli sebelum buat pembayaran, semestinya CompAsia adalah pilihan yang tepat.

 

Blog-Visual-COD-BM-1

 

Pilih Tunai Semasa Penghantaran atau Cash on Delivery (COD)

Tak perlukan kad kredit pun. Masukkan duit ke akaun bank pun tak perlu. Cuma perlu bayar apabila anda dapat gajet anda. Barulah tenang fikiran. Cara ini memang menyenangkan dan boleh bantu anda untuk kawal perbelanjaan apabila membeli belah secara online. Ini kerana anda hanya akan menggunakan tunai di dalam tangan, dan apabila barangan anda sampai di depan pintu anda.

 

Blog-Visual-2-COD

 

Mudah dan Senang

Tak susah pun untuk buat pembelian secara COD. Pilih saja gajet yang berkenan di hati, isikan maklumat penghantaran dan bil anda, pilih ‘Cash on Delivery’ sebagai kaedah pembayaran, kemudian lengkapkan pembelian. Senang kan?

 

Blog-Visual-3-COD

 

Tanpa Caj Tambahan

Apabila anda memilih COD, anda tak perlu risau tentang caj tambahan daripada bank pada kad kredit anda. Tiada bayaran bulanan, faedah atau caj tersembunyi yang mungkin memeningkan kepala anda di masa hadapan.

Jika anda tidak mempunyai kad kredit atau mahukan kaedah pembayaran alternatif, inilah pilihan terbaik buat mereka yang mahu membayar secara tunai.

Mahu cuba sendiri? Bersedia untuk membeli belah! Klik di sini 

 

SHARE THIS