CompAsia

14 September, 2017

Jom Tanam Pokok Bersama CompAsia


Dalam kita mengejar pembangunan, kadang-kadang kita terlupa betapa pentingnya alam semulajadi. Semua orang tahu, bumi yang hijau bukan saja nampak lebih cantik, tapi juga menjaga kesejahteraan minda, badan, dan jiwa. Tapi, apa yang dah kita lakukan untuk menjaga kehijauan alam?

 

Blog-Post-Image-1

 

Antara Alasan Lazim Kita Tak Menjaga Alam Semulajadi Ialah…

“Terlalu sibuk lah, mana ada masa nak jaga alam”

“Susahnya nak hijau sini, hijau sana. Saya tak tahu nak buat semua tu”

“Tanam pokok? Itu bukan masalah saya. Orang lain kan ada buat?”

“Biarlah. Bukannya beri kesan kepada saya pun..”

Walaupun bermacam alasan yang kita beri, sebenarnya menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua. Ini kerana jika kehijauan bumi tak dijaga, ia akan memberi kesan kepada kita. Bencana alam yang ekstrim, persekitaran kurang selesa, cuaca yang makin tidak menentu – semuanya akibat kemerosotan alam semulajadi.

 

Blog-Post-Image-2

 

Senang Saja Nak Jaga Alam Semulajadi

Kebanyakan daripada kita membayangkan usaha menjaga alam semulajadi ni perlukan banyak usaha dan kerja. Sebenarnya, tak susah nak lakukan bahagian anda. Anda tak perlu keluar daripada rumah. Bangun daripada kerusi pun tak payah.

Macam mana caranya? Dengan membeli gajet refurbished daripada CompAsia. Ya, memang senang!

 

Blog-Post-Image-3

 

Inisiatif Hijau CompAsia

Dalam usaha CompAsia untuk terus melindung dan memelihara alam, kami juga menyokong inisiatif Penanaman Pokok Setiap Bulan daripada Global Environment Centre. Dilakukan sekali sebulan, aktiviti ini bertujuan untuk  memelihara dan memulihara Hutan Paya Gambut Selangor. Program ini juga untuk membina kesedaran tentang kepentingan alam semulajadi buat generasi akan datang.

 

Blog-Post-Image-4

 

Apa Yang Anda Boleh Lakukan

Dengan monyokong inisiatif ini, CompAsia berharap agar rakyat Malaysia akan bersama-sama menyumbang dalam menghijaukan semula bumi kita.

Untuk turut sama memainkan peranan, anda cuma perlu membeli gajet CompAsia di sini dan menggunakan kod “JomTanamPokok” untuk mendapat diskaun RM20. Pembelian anda akan menyokong segala usaha CompAsia untuk menanam lebih banyak pokok, sekaligus memulihara alam semulajadi. Selain itu, gajet yang dijual di CompAsia semuanya adalah barangan refurbished yang mengurangkan jumlah e-buangan. Ini juga adalah langkah yang dapat menyelamatkan bumi kita.

Mudah saja, bukan? Jadi, tunggu apa lagi? Jom selamatkan bumi kita!

 

SHARE THIS