CompAsia

2 June, 2017

Cara Kenali Fon Ori, Refurbish, Klon atau Palsu


Sekarang ni, pengguna ada banyak pilihan bila nak beli fon pintar. Tak semestinya perlu berbelanja tinggi untuk dapatkan fon idaman hati. Boleh saja beli fon refurbish atau pre-owned. Tambahan pula, anda akan menyelamatkan poket dan alam sekitar.

Tapi dalam membuat pilihan, kita sebagai pengguna kenalah bijak kalau tidak mahu ditipu. Kita kena tahu bagaimana nak bezakan antara fon pre-owned, klon, refurbish, terguna dan juga yang palsu. Kalau tersilap memilih, kualiti tak dapat, duit pun lesap. Untuk elakkan daripada tertipu, bacalah selanjutnya!

 

Blog-Visuals-Real-vs-Fake-1

 

Buat Kajian Dulu

Apa yang kami maksudkan dengan kajian? Maksudnya, kenalah cari sebanyak maklumat yang mungkin sebelum buat pembelian. Pergi ke laman rasmi telefon yang ingin anda beli. Tengok spesifikasi seperti warna, rupa, slot SIM, keupayaan kamera dan sebagainya. Contohnya, kalau anda terjumpa iPhone 5 berwarna Rose Gold, itu sudah pasti fon tiruan kerana iPhone 5 hanya ada dua warna rasmi iaitu Black Slate and White Silver. iPhone juga hanya mempunyai satu slot SIM, jadi jangan mudah terpedaya!

 

Blog-Visuals-Real-vs-Fake-6

 

Periksa Prestasi

Kalau boleh, cuba dulu fon yang ingin anda beli. Cuba buka sebarang aplikasi menggunakan fon tersebut. Kalau anda buka iTunes, tapi fon itu membawa anda ke Spotify, jangan beli fon itu!

 

Blog-Visuals---No-Confusion-for-Preowned-2

 

Tengok Gred

Setiap fon “pre-owned” mempunyai gred yang berbeza, tapi tak perlu terkeliru. Secara umumnya, ada 3 tahap gred yang anda perlu tahu.

Tahap pertama ialah fon refurbished. Fon di tahap ini dijual dalam keadaan asal pengeluar. Ini bermakna ia kelihatan dan berfungsi seperti baru, tapi dengan harga lebih berpatutan. Bahagian yang digunakan adalah asli dan mempunyai tempoh waranti yang panjang.

Tahap kedua pula adalah fon yang dibaiki. Apa yang anda boleh dapat daripada fon sebegini? Anda mungkin dapat bahagian yang telah ditukar, mungkin dengan kualiti yang berkurangan. Kerana itu, tempoh waranti fon ini juga lebih pendek.

Tahap ketiga adalah fon terpakai. Apabila anda beli fon terpakai, anda akan dapat fon tanpa pembaikan atau penggantian bahagian. Terdapat lebih banyak risiko jika anda membeli fon terpakai kerana anda tidak akan mendapat waranti. Terdapat juga risiko keselamatan. Anda mungkin terbeli fon yang dicuri, jadi berhati-hati!

 

 

Blog-Visuals-Real-vs-Fake-3

Blog-Visuals-Real-vs-Fake-4

 

Tengok Ulasan Produk

Apabila membeli fon pintar secara online, anda boleh lihat ulasan produk daripada pembeli. Semestinya, telefon tiruan atau berkualiti rendah akan mendapat ulasan yang buruk. Tengok saja ruangan komen atau ulasan, dan anda boleh tahu yang mana berkualiti dan asli, dan yang mana satu tiruan.

 

Blog-Visuals-Real-vs-Fake-7

 

Pilihlah Penjual Yang Dipercayai

Cari penjual yang namanya dikenali dan dipercayai. Lihat sebarang maklumat seperti ulasan tentang penjual tersebut. Pastikan penjual itu menyediakan waranti dan memberikan sokongan pelanggan sekiranya apa-apa berlaku. Tengok juga proses mereka refurbish fon. Setelah anda rasa berpuas hati dengan semua ini, barulah beli!

Ingat, fon pintar yang menjalani proses refurbish yang betul akan mempunyai kualiti hamper sama dengan fon baru! Ini kerana proses refurbish yang ketat akan memastikan fon itu memberikan kepuasan kepada pembeli.

Nak betul-betul puas? Kenalah beli daripada CompAsia! Kami penjual yang dipercayai di Asia Tenggara, dan semua fon yang kami jual adalah fon refurbish berkualiti tinggi, beserta waranti dan bermacam kelebihan lagi! Nak tahu lebih lanjut? Jom klik di sini!

 

 

SHARE THIS