CompAsia

16 October, 2017

5 Sebab Tak Perlu Takut Untuk Beli Fon Pintar Refurbish


Ada banyak benda yang buat kita takut. Labah-labah, hantu, tengok baki dalam akaun bank – semua ni memang boleh buat kita kecut perut. Tapi ada satu benda yang tak perlu anda takuti – fon pintar refurbish.

Apabila anda beli fon pintar refurbish, anda membuat keputusan yang menang membeli, menang memakai. Terutamanya kalau anda beli daripada CompAsia. Berikut antara sebab-sebabnya.

 

Blog-Visuals-Jangan-Takut-1

 

Dijamin dengan Ujian Diagnostik Blancco

Ujian Diagnostik Blancco biasanya dilakukan untuk mencari dan membaiki sebarang masalah pada peranti mudah alih. Fon pintar daripada CompAsia menjalani ujian ini beberapa kali supaya apabila anda membelinya, anda tak akan mengalami sebarang masalah. Untuk iPhone, ia menjalani 25 ujian, manakala telefon Android menjalani 30 ujian. Fuh!

 

Smartphone-with-no-fear-Blog-Image-2

 

Anda Akan Dapat Pembungkusan Baru dan Jaminan 1 Tahun

Apabila anda terima fon pintar refurbish, anda akan dapat pembungkusan istimewa yang mesra alam. Bukan itu saja, anda juga akan dapat jaminan 1 tahun, untuk ketenangan minda. Ini berbeza dengan fon terpakai, yang biasanya tak ada jaminan langsung!

 
Blog-Visuals-Jangan-Takut-3

 

Fon Anda Terlindung!

Siapa tak sayang fon, kan? Kalau sayang, mesti anda nak jaga dan lindungi fon pintar anda, betul tak? Fon pintar daripada CompAsia mempunyai perlindungan Phone Guard, khas untuk mengurangkan kebimbangan anda. Tapi, apa fungsi Phone Guard ni? Ia memberikan perlindungan sekiranya skrin fon anda pecah atau retak. Jika ini berlaku, CompAsia akan menggantikan skrin anda secara percuma. Gempak lah!

 

Blog-Visuals-Jangan-Takut-4

 

Duit Jimat, Dunia Selamat

Satu lagi, anda tak perlu takut dompet anda, mahupun lapisan ozon, jadi berlubang. Memang menjimatkan apabila anda membeli fon pintar refurbish daripada CompAsia. Bukan itu saja, anda akan juga menjadikan bumi lebih hijau kerana proses refurbish ni mengurangkan jumlah e-buangan dalam alam sekitar.

 

Banner-Blog-2-Smartphone-with-no-fear-5

 

Kedai Konsep Untuk Anda Lihat dan Percayai

Kadang-kadang, kita nak tengok, sentuh, rasa dan cuba dulu fon pintar sebelum kita beli. Kerana itulah CompAsia akan membuka Kedai Konsep pertamanya di Pontian, Johor. Di situ, bolehlah anda belek dan tengok fon pintar refurbish kami sepuas-puasnya. Dah tengok, pasti percaya dengan kualitinya. Ada banyak lagi kedai francais yang akan dibuka tak lama lagi, jadi nantikannya!

Semua sebab-sebab ni membuktikan, tak ada apa yang perlu anda takutkan apabila nak beli fon pintar refurbish. Anda boleh je terus klik di sini dan beli!

SHARE THIS